Gay gay gay!
Dia gay, tak boleh datang buat konsert dekat Malaysia. Dia akan membawa kesan buruk dengan menggalakkan homoseksual di Malaysia. Jangan bagi dia datang sini. Orang Malaysia benci homoseksual. Homoseksual jahat. Main lubang jubur. Lubang tahi. Buat lelaki jadi kengkang. Zakar jadi busuk. Boleh sebar siplis.
Malaysia negara bermoral. Negara Islamik. Negara anti-sekular. Fundamentalis. Konservatif dan progresif. Dekat Malaysia tak ada benda tak elok. Semua JAKIM boleh bagi Halal, kecuali Homoseksual. Haram.
Dari tok lebai dari pas, sampai budak-budak Universiti ambil port, supaya Adam Lambert tak boleh masuk Malaysia.
Tahniah aku ucapkan kepada usaha anda. Tapi anda buat sesuatu yang bodoh.
Kenapa nak haramkan kehadiran Adam Lambert sahaja. Aku senaraikan apa yang patut para blogger Islamik dan Moralis, Ustard-ustard, Islamik NGO, persatuan pengguna PTPTN, dan segala bala tok lebai kesop penuh dalam Malaysia minta patut diharamkan dan ditentang bersungguh-sungguh.
- Rancangan hiburan dan talk-show hiburan yang melambak-lambak dalam siran televisyen nasional.
- Majalah-majalah hiburan dan semi-porno yang melambak di kedai mamak.
- Konglomerat perjudian di Genting Highland.
- Riba melalui pinjaman di bank-bank dalam negara kita yang kononya menjalankan perbankan Islam
- Penjualan rokok dan arak.
- Penahanan tanpa perbicaraan
- Salah guna kuasa dikalangan wakil rakyat dan pemimpin politik
- Kedai nombor ramalan yang melambak di setiap pekan-pekan kecil sampai ke kampung
- Rasuah dan penyelewengan kewangan dalam sistem kerajaan dan bukan kerajaan
- Pemimpin yang bersifat perkauman yang memenuhi parlimen
- Sistem judisiari yang boleh dinilaikan dengan duit.
Kenapa, mahu lagi. fikir sendirilah wahai para ustard, moralis dan politikus sekelian. Jangan buang masa dengan protes bermusim sahaja. Kita rakyat, mereka yang perlu takut kepada kita, bukan kita yang harus takut kepada mereka.
Aku tengok, Malaysian sebenarnya jenis ikut jubur orang. Kalau masa tu musim boikot Israel pakat-pakatlah boikot. Sebulan dua, melantak juga dekat McDonald.
Sekarang musim boikot dan protes konsert Adam Lambert, hari itu konsert Slash, konsert Paramore tak dengar kena protes pon.
Konsert yang ditaja konglomerat arak pula bersepah-sepah, dan hampir setiap bulan ada konsert-konsert ini. Pernah pemuda Pas, persatuan pengguna PTPTN, dan aktivis-aktivis lain protes. Pergi mati. Senyap. Bacul.
Akhir sekali, jangan buang masa. Bersatu, protes, dan rebahkan mereka.

No comments:
Post a Comment